Thursday, July 2, 2009

Pesanan buat Para Pelanggan & Pengunjung Ilham Muslimah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kebanyakan daripada busana kami, terutama TShirt Muslimah sudah tiada di dalam stok buat sementara waktu berikutan sambutan hangat daripada para pelanggan. Oleh itu, kami nasihatkan supaya anda teliti dahulu status stok busana yang anda inginkan sebelum membuat pesanan untuk mengelakkan kesulitan semasa proses jual-beli.



Juga untuk makluman, buat masa ini kami masih dalam proses untuk membawa masuk stok baru bagi busana dan kebaya bersulam. Oleh yang demikian, sila pastikan juga status stok dan sila hubungi kami melalui telefon atau email jika terdapat sebarang kekeliruan atau kemusykilan. Webmaster kami sedang dalam proses menyemak semula status stok bagi setiap kategori busana dan melabelkannya untuk kemudahan para pelanggan dan pengunjung Ilham Muslimah.

Sila rujuk ruangan katerogi/label di sebelah kanan skrin anda bagi setiap kategori (Tshirt Muslimah, Busana Bersulam & Kebaya Sulam) dan klik pada pautan "Dalam Stok" untuk melihat busana yang masih ada di dalam stok kami, dan klik pada pautan "Tiada Stok" untuk melihat busana yang sudah tiada di dalam stok.



Selain itu, seperti yang tertera pada gambar rujukan di atas, kami juga sedang dalam proses melabel busana kami mengikut saiz supaya lebih mudah untuk anda melihat dan membuat pilihan. Buat masa ini, hanya kategori TShirt Muslimah sahaja yang mempunyai label ini. Untuk kategori busana bersulam dan kebaya sulam, kemaskini akan dilakukan secepat mungkin, insyaAllah.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan kami mohon maaf daripada anda semua. Sementara menantikan lebih banyak lagi stok dan rekaan terbaru daripada kami, teruskan melawat Ilham Muslimah dan sebarang pertanyaan dan cadangan boleh di-emailkan terus kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Sekian, Terima Kasih.

Ikhlas,

Pn. Sharifah Norita Syed Abdullah
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"