Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan T-shirt dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Kini, Ilham Muslimah tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019-3117254 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Pautan-Pautan Utama. Sila klik untuk navigasi.

Ilham Muslimah - Tshirt Muslimah Ilham Muslimah - Koleksi Jubah Ilham Muslimah - Busana Urban Ilham Muslimah - Busana Muslim Ilham Muslimah - Busana Kanak-Kanak Nutri Enterprise : Cantik & Sihat, Seiringan

Monday, March 15, 2010

Gelombang Pertama "Ilham" : SOLD OUT!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Harap semuanya berada di dalam keadaan yg sihat, selamat dan ceria hendaknya. Kami berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan berkat rezeki yang dilimpahkan kepada kami hasil usaha keras kami sendiri dan sokongan anda semua. Alhamdulillah, koleksi pertama T-shirt Muslimah dengan label "Ilham" telahpun habis dijual sama sekali dalam masa beberapa hari sahaja. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada semua. Dan kami ingin meminta maaf sangat-sangat kepada yang telah membuat tempahan tetapi tidak dapat kami tunaikan kerana kehabisan stok. Apapun, jangan terlalu hampa kerana banyak lagi rekaan baru yang lebih menarik akan tiba di masa yang terdekat ini insyaAllah.

Sekali lagi, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada yang telah memberi sokongan padu kepada kami khasnya agen-agen Ilham Muslimah dan para pelanggan 'retail' kami yang setia bersama kami sejak hampir setahun lalu. Kami doakan agar rezeki yang diberikan ini diberkati Allah s.w.t dan mudah-mudahan dapat dirasai bersama.

Nantikan kemunculan koleksi terbaru "Ilham" di masa akan datang!
Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan, sila email kami di ilhammuslimah@yahoo.com atau hubungi Pn. Sharifah di talian 019-3117254. Jangan lupa baca entry Soalan Lazim / FAQ sebelum membuat sebarang pertanyaan ya? :)

Terima Kasih.

Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"