Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan T-shirt dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Kini, Ilham Muslimah tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019-3117254 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Pautan-Pautan Utama. Sila klik untuk navigasi.

Ilham Muslimah - Tshirt Muslimah Ilham Muslimah - Koleksi Jubah Ilham Muslimah - Busana Urban Ilham Muslimah - Busana Muslim Ilham Muslimah - Busana Kanak-Kanak Nutri Enterprise : Cantik & Sihat, Seiringan

Tuesday, May 4, 2010

Update : T-Shirt Nursing & Mini Jubah ILHAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu kami memohon maaf kerana sudah agak lama tidak mengemaskini laman ini. Sebenarnya kami sibuk menghasilkan beberapa rekaan terkini untuk koleksi Ilham di samping mencari sumber-sumber fabrik terbaik dan team produksi yang lebih effisien yang mudah-mudahan mampu membantu Ilham Muslimah naik ke tahap seterusnya di dalam industri pembuatan busana Muslimah, insyaAllah.


Alhamdulillah, kini kami kembali dengan 1 rekaan mini jubah dan 3 t-shirt nursing khas untuk ibu-ibu hebat yang sedang menyusukan di luar sana. InsyaAllah lebih banyak lagi rekaan yang menarik bakal menyusul tidak lama lagi, mungkin dalam masa 1-2 mingu lagi. Berikut adalah kod busana yang sudah pun sedia untuk menjadi milik anda :-

  • IM 04
  • IM 05G
  • IM 05M
  • IM 05N
Seperti biasa, untuk membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kami di ilhammuslimah@yahoo.com atau hubungi Pn. Sharifah di talian 019-3117254. Jangan lupa baca entry Soalan Lazim / FAQ sebelum membuat sebarang pertanyaan ya? :)

Terima Kasih.

Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"