Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat dan ceria hendaknya dalam menikmati hari-hari akhir Ramadhan yang kita sayangi, insyaAllah. Kami pasti ramai yang telah mendapatkan sekurang-kurangnya sehelai daripada busana Ilham Muslimah untuk digayakan semasa berhari-raya nanti. Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi sejak sekian lama.
Sempena dengan kehadiran hari kemenangan umat Islam seluruh dunia yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Jika ada salah dan silap selama Ilham Muslimah beroperasi, mohon ampun dan maaf dunia akhirat ya? Sungguh, semuanya tidak disengajakan.
Kami akan mula bercuti raya pada 7 September 2010, insyaAllah dan mungkin akan kembali beroperasi pada hari raya ketiga atau keempat bergantung kepada permintaan. Tarikh sebenar akan diberitahu kelak.
Akhir kata, sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Mudah-mudahan dapatlah kita merasai kemanisan Ramadhan dan terus-terusan mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah pada bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kepada yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya, jaga diri baik-baik dan ingatlah orang tersayang ketika memandu ya? Orang di kampung tunggu juadah, bukan jenazah. Na'uzubillah, semoga selamat semuanya, amin.
Sehingga bertemu lagi, wassalam.
Ikhlas,
Team Ilham Muslimah
"Ilham Muslimah - Inspirasi Keanggunan Peribadi"















