Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan T-shirt dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Kini, Ilham Muslimah tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019-3117254 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Pautan-Pautan Utama. Sila klik untuk navigasi.

Ilham Muslimah - Tshirt Muslimah Ilham Muslimah - Koleksi Jubah Ilham Muslimah - Busana Urban Ilham Muslimah - Busana Muslim Ilham Muslimah - Busana Kanak-Kanak Nutri Enterprise : Cantik & Sihat, Seiringan

Wednesday, October 13, 2010

Update : T-Shirt lagi!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, Ilham Muslimah kembali dengan beberapa lagi rekaan T-Shirt Muslimah yang comel-comel dan cukup menarik untuk anda. Berikut adalah keluaran terbaru dari ILHAM:-

IM33 (Sila rujuk segmen T-Shirt Muslimah untuk maklumat terperinci)

M34 (Sila rujuk segmen T-Shirt Muslimah untuk maklumat terperinci)

IM35 (Sila rujuk segmen T-Shirt Muslimah untuk maklumat terperinci)

IM36 (Sila rujuk segmen T-Shirt Muslimah untuk maklumat terperinci)

IM37 (Sila rujuk segmen T-Shirt Muslimah untuk maklumat terperinci)

Seperti biasa, untuk membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kami di ilhammuslimah@yahoo.com atau hubungi Pn. Sharifah di talian 019-3117254. Jangan lupa baca entry Soalan Lazim / FAQ sebelum membuat sebarang pertanyaan ya? :)

Terima Kasih.

p.s. Selamat Pengantin Baru kepada webmaster Ilham Muslimah, kini Pn. Rubina Yunal yang telah melangsungkan perkahwinan beliau pada tarikh keramat kesukaan ramai iaitu pada 10 Oktober 2010 bersamaan 2 Zulkaedah 1431H yang lalu dengan kekasih hatinya sejak hampir 8 tahun lalu. Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya. Barakallahulakuma walbarakah alaykuma waljama'a bainakuma fil khair.

Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"