Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan T-shirt dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Kini, Ilham Muslimah tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019-3117254 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Pautan-Pautan Utama. Sila klik untuk navigasi.

Ilham Muslimah - Tshirt Muslimah Ilham Muslimah - Koleksi Jubah Ilham Muslimah - Busana Urban Ilham Muslimah - Busana Muslim Ilham Muslimah - Busana Kanak-Kanak Nutri Enterprise : Cantik & Sihat, Seiringan

Thursday, February 10, 2011

"Nutri M Black Syampoo" oleh Nutri Enterprise

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kami pasti anda semua sedia maklum tentang pautan terbaru di bahagian pautan utama di atas :) Alhamdulillah, Ilham Muslimah sedang dalam usaha melebarkan lagi sayapnya di dalam bidang perniagaan, kali ini meliputi siri produk penjagaan rambut berasaskan herba.


Nutri Enterprise adalah sebuah syarikat yang diasaskan & diusahakan secara berasingan oleh Pn. Sharifah Norita sendiri yang mempunyai cita-cita yang besar dan tersendiri dalam bidang pengeluaran khususnya yang melibatkan produk-produk kecantikan dan kesihatan wanita.

Tidak mahu sebati dengan sesuatu yang cliche seperti syarikat-syarikat pengeluaran barangan kecantikan & kesihatan yang lain hari ini, Nutri Enterprise bertindak mengambil langkah berani dan inovatif dengan memfokuskan rangkaian produk mereka kepada siri penjagaan dan kesihatan rambut sahaja buat masa ini. Siri produk yang mengangkat jenama "Nutri M" ini dijangka dan diharapkan dapat memenuhi kehendak pasaran dan permintaan pelanggan yang sedang berkembang ketika ini.


"Nutri M Black Syampoo" adalah produk sulung Nutri Enterprise yang sedang mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan ketika ini. Ia sudahpun 2 minggu berada di pasaran dan ia boleh didapati secara online di laman blog rasmi Nutri Enterprise samada dalam belian runcit mahupun borong.

Jika anda mempunyai masalah rambut beruban, terutamanya bagi yang sudah beruban walaupun usia belum menginjak 30an lagi, syampu ini adalah solusi terbaik untuk masalah uban anda, insyaAllah. Ia terbukti berkesan dengan sangat baik dan selamat digunakan kerana rumusan 100% herba yang terkandung di dalamnya. Oleh itu ia halal dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu oleh semua terutamanya pengguna-pengguna Muslim. Produk ini juga telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari Jabatan Farmasi Negara dan disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia Negara. Ia juga sedang dalam proses akhir mendapatkan sijil Halal dari organisasi yang dilantik sendiri oleh pihak JAKIM bagi produk-produk yang dihasilkan di luar negara seperti produk ini.


Anda semua dijemput ke laman blog rasmi Nutri Enterprise di http://nutri-m.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang siri produk keluaran Nutri Enterprise. Wakil pengedar dan agen-agen dari seluruh negara termasuk Brunei & Singapura amatlah dialu-alukan. Tawaran dan diskaun hebat menanti anda!

Sokongan padu anda terhadap Ilham Muslimah & Nutri Enterprise amatlah dihargai, lebih dari apa yang anda bayangkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda. Tanpa sokongan anda, tidak mungkin kami mampu bertapak dan melebarkan sayap di dalam bidang perniagaan seperti hari ini.

p.s. Nantikan keluaran terbaru ILHAM dalam masa beberapa hari lagi, insyaAllah :)

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"
facebook.com/ilhammuslimah