Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan T-shirt dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Kini, Ilham Muslimah tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019-3117254 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Pautan-Pautan Utama. Sila klik untuk navigasi.

Ilham Muslimah - Tshirt Muslimah Ilham Muslimah - Koleksi Jubah Ilham Muslimah - Busana Urban Ilham Muslimah - Busana Muslim Ilham Muslimah - Busana Kanak-Kanak Nutri Enterprise : Cantik & Sihat, Seiringan

Monday, February 14, 2011

Update : T-Shirt Muslimah ILHAM IM56, IM64, IM65 & IM70

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kami di Ilham Muslimah juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh negara. Di hujung nyawa pun, baginda masih menyebut "Ummati, Ummati, Ummati", masih risau tentang nasib kita para umatnya. Betapa kasihnya Rasulullah s.a.w terhadap kita walaupun baginda tidak mengenali kita, jadi marilah lebihkan berselawat sempena ulangtahun hari kelahiran baginda s.a.w yang sangat dirindui dan disayangi, mudah-mudahan bila sampai harinya nanti ada syafaatnya buat kita insyaAllah.

Alhamdulillah, kami kembali dengan beberapa lagi rekaan terkini T-Shirt Muslimah yang menarik semuanya. Berikut adalah keluaran terbaru dari ILHAM:-

IM65 (Sila klik untuk maklumat terperinci)

IM70 (Sila klik untuk maklumat terperinci)


Seperti biasa, untuk membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kami di ilhammuslimah@yahoo.com atau hubungi Pn. Sharifah di talian 019-3117254. Jangan lupa baca entry Soalan Lazim / FAQ sebelum membuat sebarang pertanyaan ya? :)

Terima Kasih.


Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"
Cari kami di facebook.com/ilhammuslimah