Ditubuhkan pada tahun 1992, Ilham Muslimah telah mengorak langkah dan sedang membina nama di dalam industri Busana Muslimah di Malaysia sebagai pemborong dan pembekal pakaian wanita dan T-shirt dengan rekaan ekslusif khusus untuk wanita Muslim dimana kualitinya amat dijaga supaya sentiasa seiring dengan keanggunan si pemakai. Sinonim dengan rekaan pakaian bersulam dan manik yang kemas dan indah, Ilham Muslimah berada di tahap dan kelasnya tersendiri dan sentiasa menjanjikan hanya yang terbaik untuk para pelanggannya yang mempunyai citarasa yang tinggi dan pelbagai. Busana edaran kami sememangnya menjadi kegemaran para pelanggan yang ingin sentiasa kelihatan anggun lagi sopan, sesuai dengan personaliti wanita Muslim yang terpuji. Kini, Ilham Muslimah tampil melebarkan sayapnya di dalam dunia siber pula dengan menawarkan perkhidmatan membeli-belah busana Muslimah secara online untuk kemudahan para pelanggannya. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi/sms 019-3117254 atau emailkan sahaja pertanyaan anda kepada ilhammuslimah@yahoo.com.

Pautan-Pautan Utama. Sila klik untuk navigasi.

Ilham Muslimah - Tshirt Muslimah Ilham Muslimah - Koleksi Jubah Ilham Muslimah - Busana Urban Ilham Muslimah - Busana Muslim Ilham Muslimah - Busana Kanak-Kanak Nutri Enterprise : Cantik & Sihat, Seiringan

Saturday, July 16, 2011

Salam Nisfu Syaaban & Selamat Berpuasa 1432H

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para peminat ILHAM yang dikasihi,

Diharapkan agar semuanya sihat & sentiasa di dalam perlindunganNya, insyaAllah. Alhamdulillah, dalam tak sedar kini sudah 15 Syaaban 1432H dan Ramadhan akan menyusul dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Buku lama sudah dibawa naik ke langit, kini berganti dengan buku amalan yang baru. Bersamalah kita buka lembaran baru ini dengan melakukan pelbagai amalan ibadat & berbuat kebaikan, mudah-mudahan terus istiqamah dalam mengerjakannya sehingga buku ini bertukar lagi tahun hadapan sehinggalah ke hujung nyawa hendaknya, insyaAllah.

Kami di Ilham Muslimah ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang hampir tiba. Kami doakan Ramadhan kali ini lebih bermakna & bermanfaat untuk semua.

Nantikan keluaran terbaru ILHAM sempena menyambut Aidilfitri dalam masa terdekat ini insyaAllah. Kami dalam proses menyiapkan beberapa rekaan T-Shirt Muslimah, jubah Muslimah biasa & yang paling istimewa sempena bulan Syawal yang akan datang - apa dia? biarlah rahsia :) Doakan agar segalanya berjalan lancar ya?

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Sharifah di talian 019-3117254 atau email kami di ilhammuslimah@yahoo.com. Jangan lupa baca entry Soalan Lazim / FAQ sebelum membuat sebarang pertanyaan ya? :)

Jaga diri, selamat beribadat & selamat berpuasa in advance!

Terima Kasih.

Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"
Cari kami di facebook.com/ilhammuslimah