Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Diharapkan semuanya dalam keadaan yang sihat dan selamat hendaknya. Di sini kami ingin memberi jawapan kepada beberapa soalan-soalan lazim yang kerap ditanyakan oleh para pelanggan dan pelawat blog Ilham Muslimah ini.
Q : Bagaimana untuk menjadi agen/pengedar?A : Email kami di ilhammuslimah@yahoo.com atau hubungi terus talian Pn. Sharifah di 019-3117254 jika inginkan respon yang cepat. Syarat-syarat dan harga borong akan diberitahu hanya melalui email atau telefon. Walaubagaimanapun, pihak Ilham Muslimah berhak untuk tidak memberikan apa-apa maklumat kepada mereka yang dirasakan akan mendatangkan masalah atau mengancam keselamatan kami. Harap maklum.
Q : Di mana butik Ilham Muslimah?A : Kami beroperasi via 'virtual office', atau bahasa mudahnya 'online' untuk kemudahan semua, untuk menjimatkan masa dan merapatkan jarak. Jadi kami tiada butik fizikal yang boleh anda lawati buat masa ini.
Q : Di mana boleh kami dapatkan katalog dan melihat produk keluaran Ilham Muslimah?A : Ada 3 pecahan jawapan bagi soalan 'favourite' ini.
i) Anda boleh melihat terus produk-produk kami melalui gambar-gambar yang telah diambil daripada produk asal di blog ini. Untuk makluman, kami hanya menyunting gambar dan menjadikan ia tampak lebih kemas dan teratur, tetapi, semua gambar-gambar ini tidak disunting sehingga jadi berbeza daripada produk asal, jadi kami berani katakan yang setiap produk kami 99% sama dengan apa yang anda lihat di dalam gambar. Jika adapun bezanya, ia disebabkan masalah pencahayaan dan sudut ketika gambar diambil. Sila baca deskripsi setiap produk bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang kemasan pakaian dan material yang digunakan.
ii) Resolusi gambar-gambar produk Ilham Muslimah adalah tinggi, sehingga 300dpi dan cukup besar untuk diamati. Anda hanya perlu klik pada gambar tersebut untuk melihat paparan yang lebih besar dan jelas. Anda juga boleh menyimpannya untuk rujukan dengan cara memuat turun gambar-gambar produk seperti berikut :-
- Klik pada gambar dan tunggu hingga paparan menjadi jelas
- "Right-click" pada tetikus/mouse anda
- Pilih "Save as.." dan namakan file gambar tersebut jika perlu
- Klik "OK"
iii) Kami sebenarnya ada bercadang untuk membuat katalog yang boleh anda muat turun (download) terus dari blogshop kami, tetapi masih dalam peringkat perbincangan. Harap dapat terus bersabar sehingga kami dapat membuat keputusan, ya? Kami mungkin tidak akan menghasilkan katalog bercetak. Ini kerana, selain daripada ingin menjimatkan masa, ini juga adalah salah satu usaha "going-green" kami dalam membendung penggunaan kertas dan percetakan. Ini juga adalah kerana ia akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran yang akhirnya akan membebankan kita semua juga, lebih-lebih lagi kepada anda.
Q : Bagaimana untuk menempah/membuat pesanan busana?A : Mudah. Berikut adalah panduan memesan busana kami:-
- Kenalpasti kod-kod busana yang anda inginkan
- Lihat di sebelah kanan atas blog kami dan cari format teks untuk membuat pesanan
- Login email anda terlebih dahulu supaya langkah berikutnya mudah dilakukan. Pastikan ada berada di ruang "compose mail"
- "Copy Paste" format teks pesanan kami ke dalam email anda. Isikan dengan maklumat-maklumat yang diperlukan dan pastikan ia lengkap sebelum dihantar. Semak semua maklumat-maklumat anda untuk mengelakkan masalah semasa proses tempahan dan penghantaran nanti
- Emailkan kepada kami di ilhammuslimah@yahoo.com
- Atau hubungi Pn. Sharifah di talian 019-3117254
Kami tidak menggunakan aplikasi seperti borang automatik untuk mengelakkan masalah-masalah "impluse purchase" (memesan tanpa berfikir terlebih dahulu) yang selanjutnya akan menimbulkan konflik komunikasi dan pembatalan di saat akhir. Harap maklum.
Q : Bagaimana untuk membuat pembayaran?A : Untuk tempahan dalam Malaysia, anda boleh membuat pembayaran secara manual atau online melalui bank draf, mesin-mesin deposit dan pindahan ATM. Berikut adalah senarai bank-bank yang kami terima buat masa ini:-
- RHB Bank
- Maybank
- CIMB
- Public Bank
Kami juga amat mengalu-alukan tempahan dari luar negara dan pembayaran boleh dibuat menggunakan khidmat Western Union.
Q : Bagaimana pihak Ilham Muslimah membuat penghantaran dan berapa lama untuk parcel diterima? Bagaimana pula dengan kosnya?A : Kami menggunakan khidmat Poslaju dan khidmat kurier Nationwide Express sebagai medium penghantaran. Selalunya ia akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk parcel sampai ke tangan anda (penghantaran domestik) atau lebih untuk penghantaran ke luar negara, bergantung kepada lokasi. Kos penghantaran yang normal adalah
RM5 bagi setiap helai, tetapi anggaran harga ini akan berubah bergantung kepada berat dan lokasi penerima.
Q : (Soalan teknikal mengenai tagboard Ilham Muslimah) Mengapa bila kami taip soalan atau komen kami di tagboard dan menekan butang "GO", ia tidak muncul meskipun setelah diulang beberapa kali? Dan mengapa seringkali teks kami tidak muncul di tagboard yang sepatutnya?A : Ini adalah masalah teknikal yang biasa dihadapi ketika menggunakan khidmat tagboard CBox atau lain-lain tagboard sekalipun. Jika ini berlaku, jangan tekan butang "GO" berulang kali, sebaliknya "refresh" atau "reload" semua laman web Ilham Muslimah, insyaAllah anda akan dapat melihat teks komen/pertanyaan anda. Penting untuk anda ketahui ini supaya anda dapat mengelakkan daripada disekat ("ban") daripada menggunakan tagboard kami kerana disalah-anggap sebagai "spammer".
Sekian dahulu segmen FAQ Bhg. I. InsyaAllah Bhg. II akan menyusul jika ada kesempatan dan perkara berbangkit di masa akan datang.
Terima kasih atas segala sokongan anda. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
Ikhlas,
Ilham Muslimah - "Inspirasi Keanggunan Peribadi"